Bulan Ramadan: Panduan Lengkap Solat Isyak, Tarawih & Witir

Setiap tahun, seluruh umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan yang mulia dan solat tarawih adalah sinonim pada bulan ini. Berpuasa di bulan Ramadan adalah salah satu rukun di dalam rukun islam. Jadi, semua umat islam yang berakal, sudah baligh dan suci daripada hadas kecil dan besar hendak lah berpuasa di bulan ramadan setiap tahun dan hukumnya adalah wajib.

Selama itulah juga kita dapati di mana-mana sahaja dalam masyarakat Islam di Malaysia, memeriahkan malam-malam pada bulan yang mulia ini dengan ibadat solat sunat Tarawih, sunat Witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan kerana pada bulan ramadan, pahala akan digandakan berkali ganda berbanding bulan-bulan yang lain.

Solat Isya pula merupakan salah satu solat daripada lima (5) waktu solat wajib bagi seseorang itu yang berstatus islam untuk mendirikan solat 5 waktu sehari dah pada artikel ini, akan lebih fokus kepada solat Isya. 

CARA CARA SOLAT ISYA

Solat Isyak adalah satu daripada lima solat fardu yang diwajibkan ke atas umat Islam. Jumlah rakaat bagi solat Isyak ialah 4 rakaat. Waktu solat Isyak bermula selepas mega merah di ufuk timur hilang dan berterusan sehingga terbit fajar pada hari keesokannya. Lebih mudah, selepas maghrib dah ketika matahari hilang sepenuhnya pada suatu kawasan. 

Waktu tempoh untuk menunaikan Solat Isya juga agak lama berbanding solat yang lain. Ini kerana tempoh untuk menunaikan solat Isyak bermula daripada hilang cahaya merah di kaki langit sehingga terbit fajar sadiq seperti yang telah kami terangkan dalam solat fardhu subuh

Jumlah Rakaat 

Jumlah rakaat untuk solat Isyak ialah empat (4) rakaat. Jumlah rakaat ini sama bilangannya dengan solat Zuhur dan Asar.  

Lafaz Niat Sholat Isyak 

“Usolli fardol Isya’i arba’a raka’atin ada’an lillahi taala”

“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat tunai kerana Allah Taala”

Rakaat Pertama 

  1. Berdiri tegak menghadap kiblat kemudian baca lafaz niat dalam bahasa arab

(Rujuk Niat Solat Isyak di Atas)

  1. Takbiratul ihram serentak dengan niat di dalam hati

Ucap “Allahu Akbar” sambil mengangkat tangan dan berniat di dalam hati, “Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat tunai kerana Allah Taala“

  1. Membaca Doa Iftitah

“Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina. Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin”

  1. Membaca surah al-Fatihah

“Alhamdulilahi robbil’alamin. Ar rohmanir-rohim. Maliki-yawmiddin. Iyaka na’budu wa-iyyaka-nast’ain. Ihdinos sirothol mustaqim. Sirothol-lazina an’amta ‘alaihim. Gh’oiril ma’dhubi ‘alaihim walad-dhollin”

Setelah selesai membaca surah al-Fatihah, seterusnya baca pula surah-surah lain atau ayat-ayat di dalam al-Quran. Contohnya surah al-Ikhlas.

  1. Rukuk sambil bertakbir (lafaz Allahu akbar)

Bacaan rukuk: 

“Subhaa na rabbiyal a’zimi wabihamdih” (diulang sebanyak tiga (3) kali)

Nota: Kedua-dua tangan kita terletak atas lutut kedua-dua kaki.

  1. Iktidal (bangun dari rukuk) sambil mengucapkan

Sami Allahu liman hamidah. Rabbana lakal hamdh 

  1. Sujud pertama

Setelah iktidal, kita akan sujud (sambil bertakbir). Kemudian baca

“Subhana rabbiyal a’la wabihamdih”

  1. Duduk antara dua sujud. Kemudian membaca

“Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni”

  1.  Sujud kedua

Bertakbir lalu sujud sekali lagi. Kedudukan dan bacaan sama seperti sujud pertama. Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk meneruskan rakaat kedua. 

Rakaat Kedua

1. Ulangi langkah 4, 5, 6, 7, 8 & 9 sama seperti di rakaat pertama. Selepas sujud kedua, bangun dan duduk semula untuk sempurnakan tahiyat awal.

2. Tahiyat awal. Sehabis sujud kedua, bangkit ke kedudukan tahiyat awal iaitu duduk di atas kaki kiri dengan ibu jari kaki kanan ditegakkan. Telapak tangan kanan digenggam melainkan jari telunjuk kanan diluruskan. Kemudian baca;

“Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah, Assalamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah, Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah. Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad”

Selesai membaca tahiyat awal, maka bersedialah untuk bangun kembali (berdiri tegak). 

Rakaat Ketiga

  1. Berdiri tegak. Membaca al-Fatihah. Tak perlu baca surah pilihan di rakaat ini. 
  2. Ulangi langkah 4, 5, 6, 7, 8 & 9 sama seperti di rakaat pertama. Selepas sujud kedua, terus bangun untuk rakaat keempat (Akhir sekali).

Rakaat Keempat 

  1. Tahiyat akhir. Sehabis sujud kedua, bangkit ke kedudukan tahiyat akhir iaitu duduk di atas kaki kiri dengan ibu jari kaki kanan ditegakkan. Telapak tangan kanan digenggam melainkan jari telunjuk kanan diluruskan. Kemudian baca,
  1. Beri salam. Setelah selesai membaca tahiyat, maka akhiri solat dengan memberi salam Assalamualaikum warahmatullah sambil memaling muka ke kanan. Dan memberi salam sekali lagi sambil memaling muka ke kiri pula. 

CARA CARA SOLAT TARAWIH 

Waktu Solat Tarawih

Ditunaikan selepas menunaikan solat Fardhu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat

Bilangan Rakaat

Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.

Lafaz Niat Solat Tarawih Secara Sendirian 

اُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ  ِللهِ تَعَالَى

“Ushalli sunnatat taraawiihi rak’ataini lillahi ta’aalaa”

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah ta’ala

Lafaz Niat Solat Tarawih Secara Berjemaah

اُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ اِمَامًا/مَأْمُوْمًا  ِللهِ تَعَالَى

“Ushalli sunnatat taraawiihi rak’ataini Imaman/Makmuman lillahi ta’aalaa”

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat sebagai Imam/Makmum kerana Allah ta’ala

Rakaat Pertama

  • Dimulakan dengan takbiratul ihram dengan menyebut lafaz Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati
  • Membaca doa iftitah
  • Membaca surah Al-Fatihah
  • Membaca surah lazim atau surah pilihan (rujuk di bawah)
  • Rukuk dan Iktidal
  • Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua

Rakaat Kedua

  • Dimulakan dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
  • Membaca surah Al-Fatihah
  • Membaca surah lazim atau surah pilihan (rujuk di bawah)
  • Rukuk dan Iktidal
  • Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua
  • Duduk Tahiyyat Akhir
  • Memberi salam
  • Nota: Rukun Solat Tarawih adalah sama dengan rukun solat yang lain juga

CARA CARA SOLAT WITIR

Setelah selesai melakukan Solat Tarawih, ianya pula diikuti dengan Solat Witir sebanyak tiga rakaat. Seperti Solat Tarawih, Solat Witir juga boleh dilakukan secara berjemaah mahupun sendirian.

Solat Witir boleh dilakukan dengan kaedah 3 rakaat dengan 2 salam iaitu solat pertama sebanyak 2 rakaat dan solat kedua sebanyak 1 rakaat.

Lafaz Niat Solat Witir Dua Rakaat 

اُصَلِّى سُنَّةَ الْوِتْرِ رَكْعَتَيْنِ  ِللهِ تَعَالَى

“Ushalli sunnatal witri rak’ataini lillahi ta’aalaa”

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah ta’ala

Lafaz Niat Solat Witir Satu Rakaat

اُصَلِّى سُنَّةَ الْوِتْرِرَكْعَةً ِللهِ تَعَالَى

“Ushalli sunnatal witri rak’atan lillahi ta’aalaa”

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah ta’ala

Tatacara Menunaikan Solat Sunat Witir

Rakaat Pertama

1. Dimulakan dengan takbiratul ihram dengan menyebut lafaz Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati

2. Membaca doa iftitah

3. Membaca surah Al-Fatihah

4. Membaca surah Al-A’la

5. Rukuk dan Iktidal

6. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua

Rakaat Kedua

1. Dimulakan dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)

2. Membaca surah Al-Fatihah

3. Membaca surah Al-Kafirun

4. Rukuk dan Iktidal

5. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua

6. Duduk Tahiyyat Akhir

7. Memberi salam

Rakaat Terakhir

1. Dimulakan dengan takbiratul ihram dengan menyebut lafaz Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati

2. Membaca surah Al-Fatihah

3. Membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas

4. Rukuk dan Iktidal

5. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua

6. Duduk Tahiyyat Akhir

7. Memberi salam

Nota: Rukun Solat Witir adalah sama dengan rukun solat yang lain juga

Hazique Zairill
Hazique Zairill
Writing is the painting of the voice

Instagram

Sponsor

spot_img

Sponsor

spot_img

Latest

Koopers R129 SAFE Collection: Finding the Ideal Baby Car Seat for Your Growing Child

Fulfilling Parents' Expectations It should not be difficult for a parent to find the right baby travel gear in Malaysia. Let’s make parenting easier and...

Get Ready to shamROCK Your St. Patrick’s Day with Connor’s Stout Porter

Go black and make your St. Patrick’s Day legendary with the cool, creative and crafty vibes of Connor's! SHAH ALAM, 1 March 2024 – Connor’s...

Nulatex Finger Condom: Your Partner In Crime for All Night Frisky Business

Meet Your New Nighttime Sidekick Let's talk about something that might just change the game for your intimate moments. We all know how important it...

Malaysia 2024: The Tax Tsunami – Are We Ready?

Malaysia 2024: The Tax Tsunami – Are We Ready? As we step into the Year of the Dragon, Malaysia faces a financial reality check with...

Wel-Kam the Auspicious Year of the Dragon with a Special Edition Chinese New Year Flavour, Somersby MandarinOrange 0.0’s!

Available only throughout the festive season, this innovative edition offers the perfectzesty punch to usher in prosperity and happiness. SHAH ALAM, 12 January 2024 –...