Cara-cara Solat Maghrib Yang Lengkap(Beserta Rumi) 

Solat merupakan tiang agama. Solat Maghrib ialah solat harian ke-4 dalam Islam dan merupakan salah satu daripada solat fardhu. Hukum solat maghrib adalah wajib untuk setiap muslim dan berdosa jika ditinggalkan. Jika tertinggal solat Maghrib, solat ini perlu diqada’ atau digantikan. 

Waktu dan Rakaat Solat Maghrib 

niat solat maghrib
Photo: @Unsplash

Terdapat 3 rakaat bagi solat Maghrib. Waktu untuk solat Maghrib ialah setelah matahari terbenam. Selalunya, azan akan dilaungkan sebagai panggilan untuk mengajak solat. Jika tempat itu tiada laungan azan, gunalah telefon bimbit untuk mengetahui waktu solat. Kerana zaman sekarang adalah zaman teknologi, kita boleh merujuk kepada waktu solat secara dalam talian (online) sahaja. 

Niat Solat Maghrib   

Lafaz bagi niat Solat Maghrib adalah seperti berikut: 

niat solat maghrib
Photo: @AkuIslam

 Usolli Fardhal Maghribi Salasa Raka’atin Adaan Lillahi Ta’ala  

Maksudnya: 

Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Taala.

Solat Maghrib juga boleh dilakukan secara berjemaah. Untuk solat jemaah Maghrib,bacaananya adalah sedikit berbeza. 

Niat Solat Berjemaah Maghrib 

Jika anda imam yang mengimamkan solat: 

اُصَلّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً إِمَامً  ِللهِ تَعَالَى

Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat sebagai imam tunai kerana Allah Ta’ala.

Maksudnya: 

Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat sebagai (makmum/imam ) kerana Allah Taala.

Jika anda makmum yang mengikut imam: 

اُصَلّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً مَأْمُوْمًا ِللهِ تَعَالَى

 Usolli Fardhal Maghribi Salasa Raka’atin Adaan Makmuman Lillahi Ta’ala  

Maksudnya: 

Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat sebagai makmum tunai kerana Allah Ta’ala.

Cara Solat Maghrib 

bacaan niat solat maghrib
Photo: @Unsplash

Terdapat tiga rakaat untuk menunaikan solat Maghrib. 

Rakaat Pertama

  1. Berdiri tegak dengan menghadap kiblat.  Berdiri dengan selesa dan memandang ke arah tempat sujud. Letakkan perasaan tawaduk bila berhadapan dengan Allah SWT. Kemudian baca lafaz niat solat maghrib seperti di atas. 
  1. Mengangkat takbiratul ihram serentak dengan niat di dalam hati. Angkat takbirsambil melafazkan “Allahuakbar” sambil mengangkat tangan dan berniat solat Maghrib dengan bahasa Melayu di dalam hati. 

**Untuk Mengangkat Tangan 

Bagi Lelaki: 

Tangan diangkat hingga pergelangan tangan sedamping dengan bahu dan hujung ibu jari. Pastikan mencecah ke paras bawah telinga. Siku dan tangan perlu diregangkan dari badan

Bagi Perempuan: 

Tangan diangkat hingga sedamping dengan bahu dan hujung jari mencecah paras bawah telinga. Siku dan tangan mesti dirapatkan ke abdomen badan. Jangan jarangkan lengan. 

  1. Membaca doa iftitah. Bacaan doa iftitah adalah seperti berikut:
niat solat maghrib
Photo: @GoogleImages

Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila.

Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina.

Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina.

Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin

Maksud Doa Ifitah

Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang.

Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan.

Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya.

Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.

  1. Membaca al-Fatihah. Selesai membaca doa iftitah, maka bacakan pula surah al-Fatihah. Surah ini wajib dibaca untuk setiap solat yang dilakukan. 
niat solat maghrib
Photo: @GoogleImages
  1. Setelah selesai membaca surah al-Fatihah, seterusnya baca pula satu surah pilihan lain daripada ayat-ayat yang terdapat di dalam al-Quran.

Contohnya surah al-Kafirun.

  1. Rukuk. Setelah selesai membaca surah, teruskan bertakbir (Allahuakbar) dan rukuk.

Cara betul untuk rukuk: Pastikan belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Bacaan tasbih ketika rukuk: 

Photo: @GoogleImages

 Subhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih  

Maksudnya: 

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji

  1. Iktidal iaitu perbuatan bangun dari rukuk sambil mengucapkan:
Photo: @GoogleImages

 Sami Allahu liman hamidah. Rabbana lakal hamdh 

Maksudnya:

Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.

  1. Sujud Pertama
niat solat berjamaah
Photo: @BersamaDakwah

Sambil sujud bacalah: Subhana rabbiyal a’la wabihamdih 

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala pujiannya.

Selepas itu, bangun (duduk) dari sujud sambil menyebut “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan). Posisi ini dipanggil duduk diantara dua sujud.

  1. Duduk antara dua sujud

Posisi duduk diantara dua sujud adalah seperti di bawah:

Bacaan semasa duduk di antara dua sujud adalah:

Bacaan Duduk Antara Dua Sujud

niat solat berjamaah
Photo: @GoogleImages

 Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni 

Maksudnya:

Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.

9.Sujud Kedua

  • Bertakbir lalu sujud sekali lagi.
  • Kedudukan dan bacaan sama seperti sujud pertama.
  • Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk meneruskan rakaat kedua.
  • Sebelum berdiri, disunatkan duduk istirahah iaitu duduk sebentar.
  • Cara duduknya seperti duduk iftirasy.

Rakaat Kedua

Rakaat kedua sama sahaja seperti rakaat pertama kecuali tidak ada niat, takbiratul ihram dan bacaan doa iftitah. 

Rakaat Ketiga

Rakaat ketiga pula ialah rakaat terakhir. Rakaat ini adalah sama seperti rakaat pertama dan kedua, tetapi tidak perlu dibaca surah selepas selesai membaca surah al-Fatihah. 

Doa Selepas Solat

Selepas selesai menunaikan solat fardhu, lebih baik jika kita melakukan ucap tasbih, tahmid dan takbir serta istighfar. Agak kurang elok jika selepas selesai solat, kita terus bangun dan beredar. Wirid dan doa ialah pelengkap solat.

Terdapat ayat dalam Al-Quran yang menyatakan kelebihan berdoa seperti ayat di bawah:

Allah swt berfirman:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Maksudnya:

 Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

Tuhan sendiri menyatakan bahawa dia akan memperkenankan doa kita. Jika kita menadah tangan dan memohon kepada-Nya, kita adalah hamba yang tidak rugi. 

Antara doa yang boleh dibaca: 

niat solat berjamaah
Photo: @Unsplash

Contoh Doa:

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahi robbil ‘alamin, wassolatu wassalam ‘ala saiyyidil mursalin wa imamil muttaqin, wa ‘ala alihi ahli baitihi wasohbihi ajmain.

Allahumma inna nas aluka salamatan fiddin wa afiyatan fil jasad, wa ziyadatan fil ilmi wabarakatan fil rizki, watau batan qoblal maut warahmatan indal maut, wa magfiratan ba’dal maut.

Allahumma hauwin alaina fil sakaratil maut, wannaja ti minannar wa afwa indal hisab.

Rabbana laa tuzig kulubana ba’ da iz hadaitana wa hablana min ladunka rahmah, innaka antal wahhab.

Allahhuma ahyina bil imaan, wa amitna bil imaan, wa adkhilnal-jannata ma’al imaan. Allahumagfirlana zunubana waliwa-lidaina war hamhumma kama robbayana soghri-ro.

Allahummahtim lana bi husnil-khotimah, wala tahtim alaina bi suu-il-khotimah.

Rabbana atina fiddunya hasanatan, wafil-a-khiroti hasanatan wakina azab-bannar.

Wassalallhu ‘ala saiyidina muhammadin wa ala alihi wa sohbihi wassalam, walhamdulillahi robbil alamin.

Maksud Doa:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu para rasul dan ikutan orang-orang bertakwa (Nabi Muhammad), serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah! Ringankanlah ke atas kami semasa sakaratul maut, lepaskanlah daripada api neraka dan kemaafan semasa diadakan perhitungan (hisab). Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah mana Engkau berikan petunjuk kepada kami. Berikanlah kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Maha Pemberi.

Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua-dua ibu bapa kami. Kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa kami masih kecil.

Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab api neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Segala puji itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh Alam. 

Source: Korban Aqiqah

Biasanya selepas habis sembahyang kita disunatkan untuk bertasbih dan lain-lain untuk memenuhi anjuran Nabi Muhammad SAW. 

Cara Solat Yang Lain 

Sharifah Natasha
Sharifah Natasha
SEO content writer in Teh Talk that loves to play games and use coffee as coping mechanism.

Instagram

Sponsor

spot_img

Sponsor

spot_img

Latest

7 Ambrosial Cake Delivery Services in KL and Selangor

When you see a cake, the first thing that might pop out of your mind must be a birthday celebration. Cakes can be enjoyed...

Top 3 Social Media stories in August: Senior citizen was found dead after missing for 3 days

It's crazy how internet technology is going on! But there are times when you hear people talking about things that have gone viral, yet you do not know about it as you are so busy with your work and you don’t have time to scroll your social media. But don’t worry, we will update you on what has happened this week. Let’s take a look if you do not want to miss it! 

Unboxing Review: Sterra Breeze Air Purifier Malaysia

Have you ever heard about the Sterra Breeze Air Purifier? Sterra Breeze is going viral and has been selling out very fast! It is the most effective air purifier in Malaysia, designed to be placed at home and in the office. For those with problems with allergies and asthma, it is a must to have an air purifier at your home as it is the best way to clean your air indoors. This is because just vacuuming your carpet and the sofa is not enough as there are still dust particles floating in the air. Besides, cat owners are also recommended to buy air purifiers so that the house’s surroundings are free from the cat’s fur.

Top 5 Freebies and Promotions in August: GSC FREE Ice-Cream Voucher

Are you guys planning to go out with your friends or family this weekend or this month? Don’t miss out on these 5 freebies and promotions waiting for you this August! Make sure you take advantage of all these freebies and rewards to enjoy your days without spending too much money. Let’s take a look at them!

Top 10 Things To Do in Penang

Ever wonder what to do in Penang? Then, this is the article for you! Penang, which is on Malaysia's northwest coast, is the ideal...