Cara Solat Hajat Mudah Dan Ringkas Beserta Doa

Ini adalah panduan lengkap cara Solat Hajat dan Doa Solat Hajat. Anda akan dibimbing secara langkah-demi-langkah dengan mudah.


Cara solat hajat
Photo: @AkuIslam

Mendirikan solat lima waktu setiap hari adalah rukun Islam yang kedua. Ini menunjukkan betapa pentingnya kedudukan solat ini. Manusia biasa seperti kita sendiri, mesti sentiasa mempunyai keinginan dan hajat. Tidak kira keinginan untuk perkara duniawi, atau di masa hadapan. Oleh itu, umat Islam digalakkan untuk berdoa apabila mereka mencari sesuatu daripada Allah swt. Atau, anda juga boleh melakukan solat hajat.

Sudah menjadi kelaziman rakyat Malaysia apabila ingin menghadapi sesuatu yang besar seperti peperiksaan ataupun apabila berlaku malapetaka dan bencana, Solat Sunat Hajat akan dilaksanakan. Program Solat Hajat Perdana selalunya dibuat di Surau atau Masjid secara berjemaah kerana ingin memohon hajat yang baik kepada Allah swt. 

Selain dilakukan secara berjemaah, sembahyang hajat juga boleh dilakukan secara bersendirian dan boleh diamalkan ketika ibadah seperti qiamulail bersama solat sunat yang lain. Namun begitu solat sunat ini tidak terikat pada waktu tertentu untuk diamalkan seperti solat tahajjud ataupun solat tarawih.

Niat solat hajat 2 rakaat
Photo: @Pexels

Allah berfirman:

Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. 

— Surah Ghafir ayat 60

Tidak kira sama ada doa itu dalam keadaan terdesak atau semata-mata menunaikan kewajipan, setiap doa pasti Allah akan beri perhatian. Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah menerusi sabdanya yang bermaksud:

Doa itu ialah senjata orang Mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi

— Riwayat al-Hakim no. 1218

Apakah Maksud Solat Hajat?

Solat Hajat adalah salah satu jenis solat sunat yang didirikan apabila kita ingin memohon sesuatu hajat daripada Allah swt. Hajat tersebut tidak kira sama ada ingin memohon kebaikan ataupun menolak sebarang keburukan. 

Waktu Solat

Boleh dilaksanakan pada bila-bila masa tidak kira siang mahupun waktu malam. Lebih utama dilakukan apabila ada hajat tertentu seperti ingin memohon perkara yang baik berlaku ataupun mengelak kejadian buruk terjadi. Afdal juga dilaksanakan pada waktu sepertiga malam sewaktu qiamulail.

Kemudian dibacakan al-Fatihah sekali untuk dihadiahkan kepada Nabi Muhammad SAW, arwah kaum muslimin muslimat dan arwah ibu bapa. Selepas itu, barulah dimulakan solat sunat hajat ini.

Bilangan Rakaat

Solat sunat Hajat dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat (dua rakaat) dengan satu salam atau sehingga 12 rakaat (dengan 6 kali salam) mengikut kemampuan masing-masing.

Niat Solat Hajat

Niat solat hajat
Photo: @AkuIslam

“Usolli Sunnatal Hajaati Rak’ataini Lillahi Ta’ala”

Yang Bermaksud: Sahaja aku Solat Sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala

Cara Menunaikan Solat Sunat Hajat

Bagaimana cara mengerjakan Solat Hajat? Terdapat pelbagai-bagai pendapat tentang bacaan dan cara solat hajat. Tetapi walaupun begitu, kaedah atau rukun-rukun solat ini tetap sama sebagaimana dengan solat-solat sunat yang lain

Niat solat hajat
Photo: @AkuIslam

Di bawah ini merupakan salah satu kaedah untuk melaksanakan solat hajat 2 rakaat: 

Rakaat Pertama

  • Mulakan dengan mengangkat takbiratul ihram dengan menyebut lafaz Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati
  • Membaca doa iftitah
  • Baca surah Al-Fatihah
  • Membaca surah Al-Kafirun atau Ayat Kursi (satu kali atau 11 kali)
  • Rukuk dan Iktidal
  • Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua

Rakaat Kedua

  • Dimulakan dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
  • Membaca surah Al-Fatihah
  • Dianjurkan membaca surah Al-Ikhlas (sekali) Atau sebanyak 11 kali
  • Rukuk dan Iktidal
  • Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua

Nota: Bacaan dalam sujud terakhir sebanyak 40 kali

  • لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ 
  • “Laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzo limin” 

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang-orang yang zalim.

Mohon Hajat Setelah Selesai Bacaan Tasbih

Sekiranya tidak membaca tasbih tersebut ataupun setelah selesai membacanya, mohonlah sebarang hajat dalam hati sewaktu masih dalam keadaan sujut tersebut

  • Duduk Tahiyyat Akhir
  • Memberi salam

Maka selesailah Solat Hajat tersebut.

Jika anda mahu menambah bilangan rakaat solat ini, ulangi langkah 1–11. Selepas salam, bacalah surah Al-Fatihah dan wirid-wirid. Perbanyakkan istighfar dan memohon keampunan kepada Allah swt. 

Doa Solat Hajat

Sesudah salam, bacalah doa semoga dimakbulkan hajat yang dipohon. Boleh guna bahasa Melayu atau bahasa yang difahami, atau mengikut isi hati sendiri. InsyaaAllah, Allah swt Maha Memahami segala isi hati.

Jika buntu, anda boleh berdoa sebagaimana doa berikut:

Niat solat hajat
Photo: @AkuIslam

Transliterasi Doa Solat Hajat Berikut:

Allahumma inna nas aluka maujibati rahmatika wa ‘azaa ‘ima magfiratika wal ghonimata min kulli birrin wassalamat min kulli ismin wal fauza bil jannati wannajati minannar.

Allahumma innaka tasma’u kalami, watara makani wataq lamu sirri wa’ala niyati walaa yahfa alaika syai-unn min amri wa analba’isulfakir wal mustaghi sul mustajir wal wajilul mushfiqul muqirrul ma’tarifu ilaika bizanbihi as aluka mas alatal miskin wa abtahilu ilaika ibtihal

Ilmuznibil zalili wa ad auka dua alkhoifil dhorir dua ‘aman khodhoatt laka raqabatuhu wazalla laka jismuhu wara ghima laka anfuhu

Yang bermaksud: 

“Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu hal-hal yang dapat menentukan rahmatMu dan menguatkan pengampunanMu, memperoleh segala kebaikan, menyelamatkan daripada kejahatan, memperolehi syurga dan selamat daripada api neraka.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau mendengar ucapanku, melihat tempat tinggalku, mengetahui lahir batinku, dan tidak ada satu urusan pun daripada urusanku yang tersembunyi daripada pengetahuanMu.

Aku adalah hamba yang sengsara dan amat memerlukan, hamba yang memohon bantuan, hamba yang penakut, yang meminta dikasihani, yang mengakui dan menyatakan semua dosa-dosanya kepadaMu.

Ya Allah, aku mohon kepadaMu sebagaimana memintanya si miskin dan aku berdoa kepadaMu seperti doanya doa orang berdosa yang amat hina.

Aku mohon kepadaMu seperti orang penakut lagi buta, juga seperti berdoanya orang yang merendahkan jiwanya, merendahkan raga, wajah, serta hidungnya kepadaMu.”

Bagaimana Pula Dengan Solat Istikharah?

Solat sunat istikharah ialah solat untuk memohon petunjuk daripada Allah. Ia dilakukan apabila seseorang itu ragu-ragu dalam membuat sesuatu pilihan atau menentukan apa yang terbaik.

Niat solat hajat
Photo: @Pexels

Contohnya, apabila seseorang itu mencari kerja dan mendapat dua tawaran pekerjaan secara serentak, yang mana kedua-duanya dirasakan adalah bagus. Oleh kerana keliru dalam menentukan kerja mana yang patut diterima, maka disunatkan untuk melakukan solat sunat istikharah. Begitu juga dengan perkara-perkara lain seperti bab pemilihan jodoh, tawaran melanjutkan pelajaran dan sebagainya.

Hal ini dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang disampaikan oleh Jabir bin Abdullah r.a yang bermaksud:

Rasulullah SAW mengajar kami beristikharah dalam semua perkara, seperti mengajar kami surah daripada al-Quran. Baginda berkata: “Apabila seseorang daripada kamu mahu melakukan perkara yang tidak jelas dia perlu solat dua rakaat yang bukan fardu, kemudian berdoa” 

— Diriwayatkan oleh semua kecuali Muslim

Solat sunat Istikharah dilakukan dengan mengharapkan supaya keputusan yang diambil nanti mendapat pedoman daripada Allah SWT. 

Solat Istikharah hanya wajar dilakukan untuk perkara atau pekerjaan yang menepati syariat Islam. Solat yang dilakukan ke atas perkara yang nyata bercanggah dengan agama sudah tentu tidak dipimpin oleh Allah SWT.

Hazique Zairill
Hazique Zairill
Writing is the painting of the voice

Instagram

Sponsor

spot_img

Sponsor

spot_img

Latest

Koopers R129 SAFE Collection: Finding the Ideal Baby Car Seat for Your Growing Child

Fulfilling Parents' Expectations It should not be difficult for a parent to find the right baby travel gear in Malaysia. Let’s make parenting easier and...

Get Ready to shamROCK Your St. Patrick’s Day with Connor’s Stout Porter

Go black and make your St. Patrick’s Day legendary with the cool, creative and crafty vibes of Connor's! SHAH ALAM, 1 March 2024 – Connor’s...

Nulatex Finger Condom: Your Partner In Crime for All Night Frisky Business

Meet Your New Nighttime Sidekick Let's talk about something that might just change the game for your intimate moments. We all know how important it...

Malaysia 2024: The Tax Tsunami – Are We Ready?

Malaysia 2024: The Tax Tsunami – Are We Ready? As we step into the Year of the Dragon, Malaysia faces a financial reality check with...

Wel-Kam the Auspicious Year of the Dragon with a Special Edition Chinese New Year Flavour, Somersby MandarinOrange 0.0’s!

Available only throughout the festive season, this innovative edition offers the perfectzesty punch to usher in prosperity and happiness. SHAH ALAM, 12 January 2024 –...