Pelaksanaan Solat Istikharah (Niat, Cara dan Penjelasan) 

Solat mendekatkan diri seorang hamba kepada Allah SWT. 

niat solat istikharah

Masa solat ialah masanya kita berbincang dengan Pencipta kita. Kebanyakan kita boleh bercakap dengan sahabat dan keluarga kita; dengan cara yang sama, iaitu solat, masa yang berharga ini diambil untuk bercakap dengan Yang Maha Kuasa. Bukan itu sahaja, malah kita memohon kepada Allah SWT berkenaan hajat kita di akhir solat. Allah SWT berfirman:

Photo: @Quran.com

Maksudnya: 

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku mengabulkan seruan orang yang berdoa kepada-Ku, maka hendaklah ia menyahut seruan-Ku dan beriman kepada-Ku, agar ia mendapat petunjuk. jalan”

– Al-Quran (2:186)

Tiada siapa, walaupun ibu bapa kita sendiri, lebih mengasihi kita daripada Tuhan kita, kerana Dia yang menciptakan kita. Terdapat pelbagai nikmat yang diberikan oleh-Nya. Namun, Dia hanya meminta sekitar 30 minit sepanjang hari kita. Waktu itu adalah waktu untuk solat. Untuk mempunyai hubungan ini dengan Tuhan kita hanya dapat menguatkan dan memurnikan watak dan jiwa kita.

Signifikasi Solat Sunat 

Solat sunat adalah solat tambahan yang mendapat pahal jika ditunaikan. Namun, tidak berdosa jika tidak ditunaikan. 

Hal ini dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang disampaikan oleh Jabir bin Abdullah r.a yang bermaksud:

Jabir bin Abdillah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

Source: @MuftiWP

Maksudnya : 

Apabila salah seorang kamu berasa risau akan sesuatu perkara, maka hendaklah dia mendirikan solat dua rakaat yang bukan solat fardhu, kemudian dia membaca : Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pilihan-Mu dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon kekuatan dari-Mu dengan kudrat-Mu. Aku juga memohon kelebihan-Mu yang agung. Sesungguhnya Kau berkuasa dan aku tidak berkuasa. Kau Maha Mengetahui dan aku tidak tahu dan Kau adalah Tuhan yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib. Ya Allah, sekiranya Kau mengetahui bahawa perkara ini baik untuk aku buat agama ku, kehidupan ku, serta penyudah hidupku, – atau sama ada pada masa sekarang atau akan datang – maka tetapkanlah ia buatku dan permudahkanlah ia buatku serta berkatilah aku padanya. Dan sekiranya Kau mengetahui bahawa perkara ini buruk kepadaku pada agama, kehidupan, serta kesudahan hidupku – pada masa sekarang atau akan datang – maka alihkanlah ia dari aku dan alihkanlah aku darinya – dan tetapkanlah buatku kebaikan di mana sahaja ia kemudian redhakanlah aku dengannya. Lalu baginda bersabda : Kemudian dia menamakan hajatnya.

-Riwayat Al-Bukhari (1166)

Hukum Solat Sunat Istikharah 

Solat Sunat Istikharah Dilakukan Kerana

Solat sunat istikharah ialah solat yang dilakukan untuk memohon petunjuk daripada Allah. Secara ringkas, jika anda buntu dan ingin memohon petunjuk, lakukanlah solat Istikharah. Niat solat istikharah dan lakukannya adalah amalan mulia.

Ia dilakukan apabila seseorang itu ragu-ragu dalam membuat sesuatu pilihan atau menentukan apa yang terbaik.

niat solat istikharah
Photo: @Pexels

Contohnya, apabila seseorang itu buntu akan pilihan jodoh yang terbaik untuk dirinya. Kerana keliru untuk memilih jodoh, disunatkan untuk melakukan solat sunat istikharah. 

Solat ini juga boleh dilakukan dengan tujuan-tujuan lain seperti bab pemilihan kerja yang sesuai, tawaran melanjutkan pelajaran dan sebagainya.

Waktu Yang Sesuai Untuk Istikharah?

Solat sunat istikharah boleh dilakukan bila-bila masa sahaja kecuali waktu yang dilarang solat. Namun, masa terbaik yang disarankan adalah pada tengah malam. Waktu qiyamullai iaitu tepatnya di sepertiga malam ialah masa yang sesuai. 

Rakaat Solat Sunat Istikharah

Solat istikharah boleh ditunaikan dengan dua rakaat atau sehingga 12 rakaat dengan enam kali salam.

Sebelum Melakukan Solat Istikharah

Sebelum melakukan solat Istikharah, cuba untuk meminta nasihat dulu. Ini dinamakan Istisyarah. Dalam perkara ini, pandangan dari yang lebih tua dan arif. Ibu bapa, atuk dan nenek adalah orang-orang yang sesuai untuk kita meminta nasihat. 

Niat Solat Istikharah (Niat Solat Istiqoroh) 

niat solat istikharah
Source: @My Sumber 

 Usolli Sunnatal Istikharati Rak’ataini Lillahi Ta’ala 

Maksudnya: 

Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.

Cara Solat Istikharah Memohon Petunjuk Jodoh

Rakaat Pertama: 

  1. Di mulai dengan lafaz takbiratul ihram dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati. Rujuk ni di atas. 
  2. Kemudian, baca doa Iftitah.
  3. Membaca surah Al-Fatihah. 
  4. Membaca satu dari surah-surah pilihan di dalam al-Quran. Al- Kafirun, Al-Ikhlas atau surah-surah lain boleh dibaca. 

Surah Dari Juzuk 30 Yang Boleh Dibaca (Sila Pilih): 

Surah al-Ikhlas 

Qul Huwallaahu Ahad. Allaahus-Samad. Lam Yalid Wa Lam Yuulad. Wa Lam Yakul Lahu Kufuan Ahad

Maksudnya: 

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa, Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan, Dan tidak ada siapapun yang serupa denganNya.

Surah al-Kafirun 

Qul Yaa Ayyuhal Kaafiruun. Laa A’budu Maa Ta’buduun. Wa Laa Antum Aabiduuna Maa A’bud. Wa Laa Ana Aabidun Maa Abadtum. Wa Laa Antum Abiduuna Maa A’bud. Lakum Diinukum Wa Liyadiin

Maksudnya: 

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”.

  1. Rukuk dan Iktidal 

Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua serta membaca tasbih tersebut sebanyak 40 kali:Tasbih Sujud Akhir

 Subhanaka Laa i’lma Lana illa Maa ‘AllamTana, innaka Anta ‘Alimul-hakim (40x) 


Maksudnya: 

Maha Suci Engkau, tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Rakaat Kedua

1. Dimulakan dengan lafaz takbiratul ikhram bagi permulaan rakaat kedua.

2. Membaca surah al-Fatihah.

3. Dianjurkan membaca surah al-Ikhlas.

4. Rukuk dan iktidal.

5. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua.

6. Memberi salam. 

7. Membaca doa solat sunat istikarah ketika sujud akhir. 

Doa Solat Sunat Istikharah 

cara solat istikharah memohon petunjuk jodoh
Photo: @MySumber

Allāhumma innī astakhīruka biʿilmika wa astaqdiruka biqudratika, wa asʾaluka min faḍlika (a)l-ʿaẓīm fainnaka taqdiru walā aqdiru wa taʿlamu wala aʿlamu wa anta ʿallāmu (a)l-ghuyūb. Allāhumma, in kunta taʿlamu anna hadha (a)l-amra [sebutkan urusan] khayrun lī fī dīnī wa maʿāshī waʿāqibati amrī faqdurhu lī wa ya (a)s-sirhu lī thumma barik lī fīhi. Wa in kunta taʿlamu anna hadha (a)l-amra sharrun lī fī dīnī wa maʿāshī wa ʿāqibati amri faṣrifhu ʿannī wa (a)ṣrifni ʿanhu waqdir lī(ya) (a)l-khayra haythu kāna thumma arḍīnī bihi.

Bolehkah Solat Sunat Istikharah Dilakukan Secara Berjemaah? 

Sebaik-baik solat sunat ialah apabila dikerjakan di rumah dan secara bersendirian. Sama juga dengan solat tahajud. Rasullulah SAW sering melakukannya bersendirian, akan tetapi beliau tidak melarang jika ada sahabat atau orang lain yang ingin melakukannya berjamaah bersama beliau. Jadi, adalah dibolehkan jika mahu berjemaah. 

Sebagai Kesimpulan

Sebagai kesimpulan bagi solat sunat Istikharah di atas, dinyatakan bahawa pada asasnya solat sunat istikharah ini termasuk solat sunat yang dilakukan secara bersendirian dan inilah yang lebih afdhal. Meskipun begitu, solat sunat ini boleh dilakukan secara berjemaah dalam tempoh sekali sekala, maka hal ini adalah dibolehkah. Tambahan pula, lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara yang melibatkan kepentingan majoriti atau keseluruhan ahli jemaah sebagai contoh, seperti keputusan pihak masjid sama ada sebarang tindakan yang bakal dibuat melibatkan institusi masjid itu wajar atau tidak wajar, memberi kebaikan menyeluruh kepada para jemaah atau tidak, maka bolehlah dilakukan solat istikharah secara berjamaah dalam keadaan ini. Diharapkan bahawa perkongsian di atas membawa pencerahan untuk para Muslim melakukan solat sunat Istikharah. 

Sharifah Natasha
Sharifah Natasha
SEO content writer in Teh Talk that loves to play games and use coffee as coping mechanism.

Instagram

Sponsor

spot_img

Sponsor

spot_img

Latest

1664 Welcomes Beer Lovers to Discover the New Side of Blue with 1664 BRUT!

Get ready for a completely new offering from 1664 as it brings lager lovers a new crisp, goldenbrew perfect for a night out in...

Carlsberg Smooth Draught Celebrates Bornean CulturalPride with the 4th Year of #RaikanKebanggaan Sabah &Sarawak campaign

Consumers are in for a vibrant fun-filled celebration this Gawai and Kaamatan as Carlsberg SmoothDraught delivers the best of Sabah and Sarawak’s Bornean culture. SHAH...

Discover The New Rising Star in Town – Sapporo!

Sapporo brews a shining new chapter for beer enthusiasts in Malaysia, offering the iconicsip from Japan! SHAH ALAM, 8 May 2024 – The time has...

Unitrade: Your One-Stop Destination for Construction Materials in Malaysia

When it comes to top-quality construction materials, one name stands out among the rest—Unitrade. As a leading supplier in Malaysia, Unitrade has built a...

Koopers R129 SAFE Collection: Finding the Ideal Baby Car Seat for Your Growing Child

Fulfilling Parents' Expectations It should not be difficult for a parent to find the right baby travel gear in Malaysia. Let’s make parenting easier and...