Solat Jamak dan Qasar : Niat dan Signifikasi 

Solat jamak ialah mengumpulkan dua solat dalam satu waktu. Sebagai contoh, waktu zohor dikumpulkan bersama solat asar atau solat asar kepada zohor. Manakala, solat qasar pula ialah memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat ialah solat zuhur, asar dan isyak. Solat Subuh sahaja yang tidak boleh diqasarkan atau dijamakkan.

Secara ringkas:

  • Solat Jamak ialah mengumpulkan.  
  • Solat Qasar ialah memendekkan.  

Latar Belakang Solat Jamak dan Qasar  

Terdapat syarat untuk melakukan solat Jamak dan Qasar. Ia dilakukan untuk keadaan khas iaitu bagi umat Islam yang bermusafir. Bagi umat Islam yang bermusafir ini merupakan rukhsah dalam solat yang khas untuk orang yang bermusafir.  

niat solat jamak qasar

Rukhsah solat adalah suatu bentuk kemudahan atau keringanan yang dianugerahkan bagi mereka yang bermusafir untuk menunaikan solat secara qasar dan jamak. Hukum mengerjakan solat secara qasar dan jamak adalah harus.  

Melalui solat Jamak dan Qasar, umat Islam boleh mengerjakan solat dalam apa jua keadaan. Ia adalah salah satu kemudahan di mana agama Islam adalah agama yang tidak menyusahkan penganutnya. 

Setelah seseorang itu tiba di kawasan permulaan dia bertolak tadi yang menandakan bahawa musafirnya telah berakhir, maka dia tidak lagi boleh menunaikan solat secara jamak dan qasar 

Syarat-Syarat Solat Jamak bagi Musafir  

Niat Solat Qasar
  1. Destinasi yang hendak dituju mestilah melebihi dua marhalah. Anggaran dua marhalah yang dianggarkan oleh para ulama adalah sejauh 85 km hingga 90 km bersamaan juga dengan 56 batu.  
  2. Mengetahui destinasi yang ingin dituju. (Jika musafir tersebut saja bersiar tanpa tujuan, maka syarat ini tidak dipenuhi. 
  3. Musafir bukan untuk tujuan melakukan maksiat. 

Syarat-Syarat Solat Qasar bagi Musafir

  1. Mestilah melepasi sempadan kawasan tempat tinggal 
  2. Masih dalam keadaan musafir ketika ingin mengerjakan solat ini 
  3. Dilakukan bagi solat fardu yang empat rakaat 
  4. Hendaklah berniat untuk solat Qasar ketika Takbiratulihram 
  5. Tidak berniat untuk bermukim melebihi 4 hari (tidak termasuk perjalanan pergi dan balik). Tempoh dibolehkan bagi solat qasar dan jamak untuk musafir ialah 3 hari 3 malam, tidak termasuk hari datang dan pulang. Jika niat untuk tinggal di satu tempat melebihi empat hari atau lebih,  maka solat Qasar dan Jamak tidak lagi dibolehkan. Ini kerana ketika sampai di tempat itu telah dikira bermukim. Dalam perjalanan sebelum sampai destinasi, solat ini masih boleh dilakukan.  
  6. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya atau erti kata lain bersolat seperti biasa. 

Pembahagian Solat Jamak  

Syarat Jamak Taqdim 

  1. Solat pada awal waktu seperti solat zuhur dan maghrib. 
  2. Niat jamak taqdim pada waktu solat yang pertama. 
  3. Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat. 
  4. Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal. 
  5. Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua. 

Syarat Jamak Takhir 

  1. Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.  
  2. Berkekalan sebagai musafir sehingga selesai kedua-dua solat fardhu. 

Dua cara Jamak ini terserah bagi musafir untuk memilih mana solat fardhu yang lebih mudah untuk dilakukan bai Jamak. 

Cara Menunaikan Solat Qasar Jamak  

Solat ini menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama (yang lebih awal). Contohnya menghimpunkan dua solat iaitu solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor. Solat Zuhur ini dikira waktu pertama.  

Sunat atau afdhal untuk melakukan solat waktu pertama dahulu iaitu solat Zohor/ Maghrib kemudian diikuti dengan soalat fardhu kedua iaitu solat Asar dan Isyak. Selepas memberi salam dalam solat pertama, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.  

Niat Solat bagi Takdim:  

Niat Solat Qasar Jamak Takdim (Zohor dan Asar)

Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan lafaz niat di bawah:

Niat Solat Qasar

Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu zohor, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala 

Setelah membaca niat solat jamak qasar, teruskan dengan lafaz niat untuk sembahyang jamak fardhu zohor:

jamak takhir zohor asar

Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu zohor, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala

Niat Solat Qasar Jamak Takdim (Maghrib & Isyak)

Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan lafaz niat solat jamak di bawah: 

jamak takdim maghrib isyak

Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu Maghrib, tiga rakaat jamak takdim kerana Allah Taala

Teruskan dengan lafaz niat untuk jamak fardhu Isyak:

jamak takdim isyak maghrib

Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu Isyak, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala

Cara Menunaikan Solat Qasar Jamak

Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Contohnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.

  • Zohor kemudian Asar 
  • Maghrib kemudian Isyak 

Sunat atau afdhal untuk melakukan solat waktu pertama dahulu kemudian Solat Waktu kedua.  Selepas salam solat pertama, dan kemudian dirikan solat yang kedua

Niat Solat bagi Takhir

Niat Solat Qasar Jamak Takhir (Zohor & Asar)

Penting: Sebelum mendirikan solat, seseorang musafir itu hendaklah telah berniat untuk mengerjakan solat fardhu zohor dalam waktu Asar. Niat itu penting.  Niat tersebut hendaklah dilakukan semasa berada dalam waktu zohor lagi

Mulakan dengan solat fardhu Asar. Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan lafaz niatnya:

niat jamak taqdim


Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu Asar, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala

Solat Qasar Jamak Takhir (Maghrib & Isyak)

Penting: Sebelum mendirikan solat ini, seseorang musafir itu hendaklah telah berniat untuk mengerjakan solat fardhu maghrib dalam waktu isyak. Niat tersebut hendaklah dilakukan semasa berada dalam waktu maghrib lagi

Mulakan dengan solat fardhu isyak. Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan lafaz niatnya:

Jamak takhir isyak

Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu isyak, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala

Teruskan dengan lafaz niat untuk solat fardhu maghrib:

solat maghrib jamak takhir

Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat jamak takhir kerana Allah Taala

Bagi solat qasar jamak takhir, ia adalah adalah sunat untuk melakukan waktu kedua dulu iaitu: 

  • Asar kemudian Zuhur
  • Isyak kemudian Maghrib 

Selepas memberi salam ketika solat waktu kedua, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama. 

Signifikasi Solat Jamak dan Qasar:

Kenapa adanya solat Jamak dan Qasar? Seperti yang kita ketahui, solat fardhu adalah rutin ibadah harian bagi setiap Muslim. Penutup: Islam Itu Agama Yang Memudahkan

Ingatlah bahawa: 

  • Solat itu adalah tiang agama.  
  • Ia juga adalah cara kita berkomunikasi dengan Tuhan. 
  • Solat itu menjaga hubungan kita dengan Tuhan. 
  • Dan solat itu mencegah kita dari melakukan kemungkaran. 

Malah ada hadis yang mengatakan bahawa, “Sesiapa yang mendirikannya, maka ia mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkannya maka dia meruntuhkan agama.”

– Hadis Riwayat dari HR Baihaqi

Begitulah pentingnya solat dalam Islam. Solat jamak qasar ini memudahkan perjalanan bagi musafir. Ini dapat mengalakkan umat Islam untuk menerokai muka bumi ini dengan kemudahan. 

Itu sahaja untuk perkongsian dalam artikel ini. Semoga panduan yang terkandung  ini dapat membantu memudahkan perjalanan musafir anda.

Untuk lebih klarifikasi tentang solat Jamak dan Qasar, terdapat sedikit panduan: 

Macamana Cara Nak Solat Jamak? – Ustaz Azhar Idrus Official

Ustaz Azhar Idrus adalah nama yang tidak asing lagi di dalam Malaysia. Melalui video ini, anda dapat lebih banyak penjelasan tentang hukum-hakam dan tatacara solat jamak dan qasar. 

Jika ingin tahu tentang niat solat Jamak dan Qasar, pergilah rujuk kepada video di bawah: 

Cara Solat Jamak dan Qasar 

Terdapat pelbagai masalah dan isu berkaitan solat Jamak Takdim dan Qasar. Masalah & Isu Berkaitan Solat Jamak Qasar mempunyai jawapan yang lengkap tentang solat Jamak Qasar. 

Sharifah Natasha
Sharifah Natasha
SEO content writer in Teh Talk that loves to play games and use coffee as coping mechanism.

Instagram

Sponsor

spot_img

Sponsor

spot_img

Latest

7 Ambrosial Cake Delivery Services in KL and Selangor

When you see a cake, the first thing that might pop out of your mind must be a birthday celebration. Cakes can be enjoyed...

Top 3 Social Media stories in August: Senior citizen was found dead after missing for 3 days

It's crazy how internet technology is going on! But there are times when you hear people talking about things that have gone viral, yet you do not know about it as you are so busy with your work and you don’t have time to scroll your social media. But don’t worry, we will update you on what has happened this week. Let’s take a look if you do not want to miss it! 

Unboxing Review: Sterra Breeze Air Purifier Malaysia

Have you ever heard about the Sterra Breeze Air Purifier? Sterra Breeze is going viral and has been selling out very fast! It is the most effective air purifier in Malaysia, designed to be placed at home and in the office. For those with problems with allergies and asthma, it is a must to have an air purifier at your home as it is the best way to clean your air indoors. This is because just vacuuming your carpet and the sofa is not enough as there are still dust particles floating in the air. Besides, cat owners are also recommended to buy air purifiers so that the house’s surroundings are free from the cat’s fur.

Top 5 Freebies and Promotions in August: GSC FREE Ice-Cream Voucher

Are you guys planning to go out with your friends or family this weekend or this month? Don’t miss out on these 5 freebies and promotions waiting for you this August! Make sure you take advantage of all these freebies and rewards to enjoy your days without spending too much money. Let’s take a look at them!

Top 10 Things To Do in Penang

Ever wonder what to do in Penang? Then, this is the article for you! Penang, which is on Malaysia's northwest coast, is the ideal...