Solat Subuh: Niat, Tatacara dan Bacaan 

Solat (Salah (Arabic: صَلاة) ialah kewajipan wajib bagi setiap umat Islam. Di dalam Rukun Islam, solat merupakan rukun yang kedua. Solat fardhu subuh merupakan solat pertama di antara lima solat fardhu harian. Selalunya, solat dilaksanakan selepas panggilan azan

Niat Solat Subuh

Solat subuh merupakan salah satu solat daripada 5 solat fardhu.  

Dalil Solat Subuh

Dalil yang menyatakan solat itu wajib:  

إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا

Maksudnya: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (Surah al-Nisaa’: 103)

Berdasarkan dalil di atas, dan dalil-dalil lain di dalam al-Quran, termaktublah bahawa solat itu perkara wajib.

Dari ayat di atas, sudah jelas bahawa perintah solat itu adalah wajib. Terdapat dua perkara yang perlu diteliti jika bercakap tentang solat. Terdapat empat syarat wajib solat seperti tertera di bawah: 

Syarat Wajib Solat Terdiri Dari: 

  1. Beragama Islam
  2. Baligh 
  3. Berakal atau Waras 
  4. Suci daripada Haid atau Nifas 

Jika salah satu syarat wajib solat ini tidak dipenuhi maka kewajipan solat itu tidak jatuh padanya. 

Jika Tertinggal Solat

Jika seorang Muslim tertinggal satu solat fardu, maka dia wajib menggantikannya dengan niat qada’. 

Kenapa Umat Islam Perlu Solat: 

Umat Islam perlu solat kerana ianya salah satu cara untuk menjaga hubungan kita dengan Tuhan.  Terdapat kelebihan jika kita menunaikan kewajipan solat.  

Waktu Solat Subuh 

Niat Solat Subuh

Waktu Solat Subuh dimulai setelah terbitnya fajar sampai terbitnya matahari. Ia mengikut fajar benar (sadiq) apabila terbit di ufuk timur. 

Sejarah Solat Subuh 

Tahukah anda bahawa manusia pertama yang menunaikan solat subuh ialah Nabi Adam a.s.? Ketika Nabi Adam diturunkan ke muka bumi daripada syurga, perkara pertama yang baginda lihat ialah kegelapan. Beliau dihimpit rasa takut yang amat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun segera bersembahyang dua rakaat.  

Terdapat dua signifikasi kepada dua rakaat dalam solat Subuh. Rakaat pertama di dalam solat Subuh adalah sebagai tanda Nabi Adam bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam manakala rakaat kedua adalah tanda beliau memanjatkan rasa syukur kerana siang telah menjelma. 

Niat Solat Subuh 

Niat ialah mengingati tujuan ketika ingin melakukan sesuatu perbuatan. Tempat niat adalah di dalam hati. Hal ini telah disandarkan berdasarkan hadis, sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW:

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ

Maksudnya: “Sesungguhnya amalan itu adalah dengan niat.”

Riwayat al-Bukhari (1) dan Muslim (1907)

Solat subuh harus dimulai dengan niat. Keempat-empat imam mazhab iaitu mazhab Hanbali, Maliki, Syafie dan Hanafi telah sepakat menyatakan bahawa solat tidak sah tanpa niat. 

Niat solat 5 waktu adalah berbeza. Ini ialah niat solat subuh: 

Niat Solat Subuh

  Ushalli fardhos shubhi rak’ataini mustaqbilal qiblati adaa,an lillaahi ta’aala.

Cara Solat Fardhu Subuh

Rakaat Pertama dalam Solat Subuh

  1. Berdiri tegak menghadap kiblat. Kemudian baca lafaz niat solat Subuh dalam bahasa Arab (Rujuk Niat Solat Subuh di Atas)

2. Takbiratul ihram serentak dengan bacaan niat di dalam hati. Ucap “Allahuakbar” sambil mengangkat tangan. Baca niat di dalam hati, “Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala.” 

3. Membaca doa Iftitah. 

Bacaan doa iftitah: 

Niat Solat Subuh

Bacaan Rumi untuk Doa Iftitah: 

Allaahu Akbar kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina. Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin 

*Adakah doa iftitah ini wajib dibaca? Majoriti pihak ulama menyatakan bahawa doa iftitah ini hanyalah sunat dan tidak membatalkan solat jika tidak dibaca. Doa iftitah ini merupakan satu doa untuk memuji dan menyanjung Allah.  Doa ini termasuk di bawah sunat hai’ah iaitu hukum sunat yang lebih ringan. Namun, jika mampu, amalkanlah doa Iftitah kerana Nabi Muhammad juga mengamalkannya. 

4. Membaca surah al-Fatihah setelah sudah membaca Doa Iftitah. 

Bacaan Rumi untuk Surah al-Fatihah 

Alhamdulilahi robbil’alamin. Ar rohmanir-rohim. Maliki-yaumiddin. Iyyaka na’budu wa-iyyaka-nast’ain. Ihdinos sirothol mustaqim. Sirothol-lazina an’amta ‘alaihim. Gh’oiril madhubi ‘alaihim walad-dhollin

5. Membaca Surah Lain yang Dipilih 

Seterusnya, bacalah surah yang berkenan di hati. Terdapat pelbagai surah di dalam al-Quran. Antara surah yang mudah dibaca ialah Surah Al-Kausar, surah yang paling pendek di dalam al-Quran yang terdiri dari tiga ayat sahaja. 

Niat Solat

Inna a’ttoina kalkautsar. Fadsallili robbika wanhar. Inna syaani’aka hual abtar

Terdapat juga surah pilihan yang lain seperti Surah al-Ikhlas, Surah An-nas, Surah al-Falaq dan Surah Al-Kafirun. 

Setelah usai membaca satu surah pilihan, ambil sedikit masa iaitu tamakninah sebelum melakukan rukuk. Tamakninah ialah perbuatan berhenti seketika. Cukup sekadar sebutan ‘Subhanallah’ untuk tamakninah. 

6. Rukuk 

Kemudian, angkatlah takbir sambil menyebut Allahuakbar dan terus rukuk. 

Untuk memastikan rukuk yang sempurna, belakang badan perlulah rata. Mata perlu tertumpu pada tempat sujud manakala tangan diletakkan di kepala lutut. 

Bacaan semasa rukuk adalah: 

 Subhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih 

7. Iktidal (Bangun dari Rukuk) 

Setelah bangun dari rukuk, perbuatan ini disebut sebagai iktidal (i’tidal). Berdiri tegak kemudian baca ayat: 

Niat Solat

 Sami Allahu liman hamidah. Rabbana lakal hamd 

8. Sujud Pertama 

Seterusnya, sujud pertama perlu dilakukan. Turunlah perlahan-lahan dari iktidal, bertakbir dan sujud di tempat sujud. Ketika sujud, bacaan ini perlu dibaca: 

Niat Solat Subuh

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 

Bacalah ayat di atas sebanyak tiga kali ketika sujud. Jangan tertukar bacaan tasbih ketika rukuk dan sujud ya. Kadangkala, sesetengah orang akan tertukar antara dua bacaan ini. 

9. Duduk di Antara Dua Sujud

Selepas itu, bangun dari sujud dan duduk sambil menyebut Allahuakbar. Tidak perlu angkat tangan. Letak tangan di riba sahaja. 

Lalu baca: 

 Rabbighfirli warhamni wajburni warfa’ni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni 

Cukup baca sekali sahaja. Bacaan ini dibaca ketika fasa duduk diantara dua sujud. Fasa duduk ini dipanggil “duduk di antara dua sujud” kerana sujud kedua akan dilakukan. 

8.Sujud Kedua

Sebutlah ‘Allahuakbar’ tanpa mengangkat tangan. Sujud kali kedua dan bacalah ayat tasbih tiga kali ketika sujud. Anda boleh terus berdiri untuk menunaikan rakaat kedua solat subuh tapi disunatkan untuk duduk sebentar (duduk istirahah). 

9. Berdiri Semula untuk Rakaat Kedua 

Rakaat Kedua dalam Solat Subuh 

  1. Angkat takbir seperti biasa 
  2. Baca surah al-Fatihah. 
  3. Kemudian, bacalah satu surah pilihan. Terdapat Surah al-Ikhlas, Surah Quraisy, Surah al-Kafirun dan Surah al-Masad. 

Surah pilihan ramai Muslim adalah Surah al-Ikhlas: 

Niat Solat Subuh

 Qul huwallahu ahad. Allahus-samad. Lam yalid wa lam yuulad. Wa lam yakul lahuu kufuwan ahad 

  1. Rukuk 
  2. Iktidal (bangun dari rukuk) 
  3. Doa Qunut 

Di dalam solat fardhu harian, hanya solat Subuh sahaja yang perlu bacaan doa Qunut. Ia adalah perbuatan sunat muakkad iaitu sunat yang sangat digalakkan dalam mazhab Shafie. Jika seseorang itu terlupa atau tidak membaca doa Qunut, dia disunatkan untuk melakukan sujud sahawi. Namun, solat Subuh tetap sah jika tidak melakukannya.

Untuk membaca doa Qunut, kekal berdiri lurus sambil mengangkat tangan untuk berdoa. Kemudian, doa Qunut dibacakan.   

Doa Qunut: 

Niat Solat Subuh

Allahhumma dinii fiiman hadait, Wa’afini fiiman ‘aafait, Watawallanii fiiman tawal-laiit, Wabaariklii fiimaa a’thait, Waqinii syarramaa qadhait, Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik, Wainnahu laayadzilu man walait, Walaa ya’izzu man ‘aadait, Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait, Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait, Astaghfiruka wa’atuubu ilaik, Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi, Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam.

  1. Sujud Pertama 

Sujud pertama dalam rakaat kedua dan bacalah bacaan tasbih ketika sujud sebanyak tiga kali. 

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 

  1. Duduk di antara dua sujud 

Duduk di antara dua sujud dan bacalah ayat seperti di rakaat pertama: 

 Rabbighfirli warhamni wajburni warfa’ni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni 

  1. Sujud kedua 

Teruskan sujud kali kedua dan ulang bacaan tasbih ketika sujud. 

  1. Duduk tahiyat akhir 

Kerana solat Subuh mempunyai dua rakaat sahaja, maka tidak ada tahiyat awal. Teruskan duduk di posisi tahiyat akhir. 

Niat Solat

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah. Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin.

Asyahadu alla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.

  1. Memberi salam 

Sudahi solat fardhu Subuh dengan memberi salam. Untuk memberi salam, palingkan muka ke sebelah kanan dahulu.

Assalamualaikum Warahmatullah 

kemudian , palingkan muka ke sebelah kiri pula. Ulang bacaan ini:

Assalamualaikum Warahmatullah 

Maka habislah cara solat Subuh. Ia adalah disunatkan untuk membaca doa selepas solat. Jika kita menyudahi solat kita dengan bacaan doa, adalah lebih baik. Malah, jika mampu, bacalah bacaan wirid dan tahmid juga lebih bagus. 

Contoh bacaan doa: 

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa sayyidina muhammadin ashrofil mursalin, wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.

Allahumma ahyina bil iimaan, wa amitna bil iimaan, wa adkhilnal jannata ma’al iimaan, Allahummaghfirlana zunuubana waliwaa lidaina warhamhuma kamaa robbayaanaa soghiro,

Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wala takhtim ‘alaina bi suu’il khotimah, robbana laa tuzigh qulubana ba’daiz hadaitana wahablana milladunka rohmatan innaka antal wahhab.

Robbana aatinaa fiddunya hasanah wafil aakhirotihasanah waqinaa ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahirobbil ‘alamiin.

Tamat

Selesai sudah penjelasan tentang solat subuh di dalam artikel ini. Terdapat solat-solat lain yang akan dikupas selanjutnya. 

Sharifah Natasha
Sharifah Natasha
SEO content writer in Teh Talk that loves to play games and use coffee as coping mechanism.

Instagram

Sponsor

spot_img

Sponsor

spot_img

Latest

Koopers R129 SAFE Collection: Finding the Ideal Baby Car Seat for Your Growing Child

Fulfilling Parents' Expectations It should not be difficult for a parent to find the right baby travel gear in Malaysia. Let’s make parenting easier and...

Get Ready to shamROCK Your St. Patrick’s Day with Connor’s Stout Porter

Go black and make your St. Patrick’s Day legendary with the cool, creative and crafty vibes of Connor's! SHAH ALAM, 1 March 2024 – Connor’s...

Nulatex Finger Condom: Your Partner In Crime for All Night Frisky Business

Meet Your New Nighttime Sidekick Let's talk about something that might just change the game for your intimate moments. We all know how important it...

Malaysia 2024: The Tax Tsunami – Are We Ready?

Malaysia 2024: The Tax Tsunami – Are We Ready? As we step into the Year of the Dragon, Malaysia faces a financial reality check with...

Wel-Kam the Auspicious Year of the Dragon with a Special Edition Chinese New Year Flavour, Somersby MandarinOrange 0.0’s!

Available only throughout the festive season, this innovative edition offers the perfectzesty punch to usher in prosperity and happiness. SHAH ALAM, 12 January 2024 –...