Solat Taubat: Niat Solat, Tatacara dan Bacaan 

Sebagai seorang manusia, kita tidak terlepas daripada melakukan dosa. Kadangkala, dosa kita boleh mendatangkan murka Allah SWT. Atas sebab inilah, kita perlu memohon kemaafan daripada Tuhan

niat solat taubat
Photo: @Unsplash

Bila kita sudah berbuat salah, kita perlu memohon keampunan. Hal ini lebih baik daripada kita berdiam diri dan biarkan diri bergelut dengan dosa.  

Bertaubat maksudnya ikhlas menyesali perbuatan dosa yang telah dilakukan dan bertekad di dalam hati untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut, serta memohon keampunan daripada Allah SWT. 

Ada Saranan Untuk Melakukan Solat Sunat Taubat Dahulu: 

Ustaz Ebit Lew, pendakwah terkenal di Malaysia mengatakan bahawa sebelum ingin melakukan solat sunat yang lain, lakukan solat sunat taubat dahulu. 

Ebit Lew berkata “Sebelum kita ingin meminta dekat tuhan, minta maaf dulu,” ujar beliau.

Namun, ini bukan bermaksud bahawa kita tidak boleh solat sunat yang lain. Ini cuma saranan daripada beliau. Tampak lebih manis jika memohon keampunan sebelum meminta sesuatu daripada Tuhan pencipta sang alam. 

Fadilat Solat Sunat Taubat:

  • Diampunkan ALLAH SWT
  • Dimudahkan segala urusan dunia akhirat
  • Menghilangkan perasaan yang membelenggu diri
  • Menceriakan kehidupan seharian
  • Mencegah dosa dan menghindari gangguan

Syarat Solat Sunat Taubat

Sembahyang sunat Taubat bererti solat untuk memohon keampunan dan taubat daripada Allah SWT. Asas sembahyang ini ialah:

  • Menyesal di atas segala perbuatan dosa yang telah dilakukan.
  • Menyucikan diri daripada perbuatan dosa dan berhenti daripada melakukan maksiat tersebut. Meminta keampunan di atas apa yang telah dilakukan daripada Allah SWT, memohon maaf kepada manusia terhadap dosa yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia seperti harta benda, maruah dan jiwa. Mengqadhakan juga segala apa yang telah terluput seperti amalan-amalan sembahyang, puasa dan lain-lain sekadar yang termampu.
  • Berazam tidak akan melakukan lagi segala perbuatan dosa tersebut serta menjauhkan diri dari melakukannya. 

Namun, kita perlu ingat. Sebagai Muslim, kita perlu jaga dua hubungan iaitu hubungan dengan Tuhan dan hubungan sesama manusia. Jika kita melakukan dosa kepada manusia, kita perlu selesaikan sesama manusia. 

Perbuatan dosa terhadap manusia seperti mencuri, mengumpat,  memfitnah, memukul dan sebagainya, kita perlu ambil tindakan iaitu memohon maaf, menggantikan, memulangkan, membayar semula barang yang dicuri. Maka salah satu syarat perlu ditambah bagi keadaan ini iaitu menyelesaikan masalah dengan hamba Allah yang lain. 

Waktu untuk Solat Taubat

Solat sunat taubat boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja, kecuali waktu yang diharamkan solat.

Walau bagaimana pun, solat ini lebih digalakkan untuk dilakukan selepas tengah malam sewaktu waktu Qiyamullai

niat solat taubat
Photo: @Unsplash

Waktu Qiyamullai ialah bangun pada 2 per 3 malam untuk beribadat kepada Allah SWT. Hal ini kerana pada waktu ini, keadaan amat tenang, sunyi dan sesuai untuk beribadah. Waktu yang sesuai ialah waktu 2.00 pagi ke atas. Cuaca gelap sesuai untuk refleksi diri.

Apabila seorang Muslim merasakan dirinya berdosa dan mahu kembali kepada pangkal jalan, maka lebih baik solat sunat Taubat ini dilakukan secepat mungkin beserta dengan amalan amalan lain. Bacalah niat solat taubat zina yang disediakan di bawah dan solatlah. 

Bilangan Rakaat untuk Solat Sunat Taubat 

Sebelum berbicara tentang tatacara solat sunat, berapa rakaat bagi solat sunat taubat? Sebenarnya, tidak ada keterangan khusus berkenaan solat sunat taubat secara terperinci namun para jemaah ulama telah memberikan pandangan. Mengikut pandangan kebanyakkan ulama, solat sunat taubat boleh dikerjakan sebanyak dua, empat dan enam rakaat. 

Perlaksanaan cara solat taubat ini adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain.

Bacaan Niat Solat Sunat Taubat 

Niat Solat Sunat Taubat adalah seperti berikut:

niat solat taubat

  Usolli Sunnata Taubati Rak’ataini Lillahi Ta’ala 

Maksudnya: 

Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala

Tatacara Solat Sunat Taubat 

  1. Takbiratul Ikhram. 
  2. Kemudian, bacalah doa Iftitah.

Solat tetap sah jika doa ini doa iftitah tidak dibaca namun jika dibaca, mendapat pahala.

  1. Membaca al-Fatihah 

 Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

Untuk bacaan surah, tidak ada bacaan yang ditetapkan. Jadi, bacalah surah-surah yang anda hafal. Boleh juga jika: 

.

  • Rakaat pertama membaca 

Surah Al-Kafirun

  • Rakaat kedua membaca 

Surah Al-Ikhlas

.

.

3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah bacaan Tasbih berikut 40 kali:

“Laa-i-la-ha il-la anta subhaana ka inniy kuntu minaz zhoo li-miyn.”

Maksudnya

Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).

5. Akhiri solat sunat Taubat dengan salam. Beristighfar lah sebanyak mungkin untuk meminta keampunan daripada Allah SWT. Pastikan khusyuk, tenang dan tertib. Fokus ketika sedang berdialog dengan maha Pencipta. 

Bacaan Istighfar 

niat solat taubat
Photo: @Unsplash

Sesudah salam, ringakan lidah untuk menfgucapkan istigfar dan memohon keampunan kepada Allah sambil mengigati dan menyesali dosa-dosa yang telah dilakukan. 

Bacaan istighfar di bawah ini eloklah dibaca sebanyak 10/100 kali. Maka ucapkanlah istighfar di bawah ini berulang kali:

solat taubat

 Astagfirullah Hal ‘Azim Allazi Laa ilaaHa illa Huwal Hayyul Qayyum Wa Atuuu-Bu ilaih 

Maksudnya:

Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup, berdiri dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadaNya.

Islam itu agama yang mudah. Istighfar boleh sahaja dilakukan dengan mengucapkan lafaz ‘’Astaghfirullah’’. Istighfar dalam ertikata lain adalah bertaubat kepada Allah SWT. Terdapat banyak bacaan istighfar yang boleh dibaca.  

Bacaan Istighfar Yang Lain: 

Terdapat juga bacaan istighfar yang lain. Setelah membaca istigfar di atas, sambunglah baca Istighfar Tauhid di bawah sebanyak 10 / 100 kali;

Istighfar Tauhid

Astaghfirullahal ‘azim allazi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atuu’bu ilaih. Taubata ‘Abdi zhoolimi laa yamliku li-naf-si’hi dhor-raa, wa-laa naf‘an walaa mau-tan walaa hayaatan walaa nusyuuraa.”

Maksudnya: 

Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.

Sayyidul Istighfar atau Penghulu Istighfar

Penghulu Istighfar ini juga dikenali sebagai “Saiyidul Istighfar”. Penghulu istighfar ini sesuai dengan kedudukannya yang tinggi dalam Islam. Bacalah bacaan isgtigfar ini sebanyak 3 kali. 

niat solat taubat

 Allaahumma Anta Rabbii Laa ilaaha illaa Annta Kholaq-tanii Wa Anaa ‘Abduka Wa Anaa ‘Ala ‘Ahdika Wawa’ Dika Mas-tatha’-tu Auudzu-bika Min Syarrimaa Sona’-tu Abuu-U Laka Bini’matika ‘Alayya Wa Abuu-U Bidzanmmbi, Faghfirlii Fainnahu Laa Yagh-Firudz-zunuuba Illaa Annta. 

Maksudnya:

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan yang disembah melainkan Engkau. Engkau telah menjadikan aku, dan aku ialah hamba Mu, aku tetap atas amanah-Mu dan janji-Mu sekadar kesanggupan. Aku berlindung dengan Mu daripada kejahatan yang telah aku lakukan. Aku mengakui kepada-Mu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengakui dosaku. Maka ampunilah aku, maka sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampuni dosa-dosaku selain Engkau.

Bacaan Doa Taubat 

.

Ya Allah, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia, kebaikan di akhirat dan lindungilah kami daripada seksa api neraka. Ya Allah, ampunilah aku, kasihanilah aku, berilah petunjuk kepada ku selamatkanlah aku dan berilah aku rezeki yang luas.

Ya Allah, perbaikilah agamaku yang menjadi perkara paling penting padaku. Perbaikilah akhiratku yang menjadi perkara paling penting padaku, perbaikilah duniaku yang menjadi kehidupanku. Perbaikilah akhiratku yang menjadi tempat aku kembali. Jadikanlah hidup ini sebagai tambahan segala kebaikan bagiku. Jadikanlah kematian itu sebagai istirahatku daripada segala kejahatan.

Ya Allah, sungguh aku banyak menganiaya diriku sendiri. Tiada lain yang dapat mengampuni dosa-dosaku, kecuali engkau, ya Allah. Maka ampunilah aku dengan keampunan yang langsung datang daripada Mu. Kasihanilah aku, ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, kebodohanku, dan keterlampauanku dalam apa yang aku kerjakan, dan apa sahaja yang Engkau lebih ketahui daripada diriku sendiri.

Ya Allah,ampunilah segala kesalahanku yang datang daripada kesungguhanku dan daripada senda gurauku, dan daripada apa yang aku tidak sengaja dan daripada sengajaku dan segala sesuatu yang datang daripadaku.

Ya Allah, ampunilah kesalahan-kesalahanku yang lalu, dan yang akan datang, yang aku rahsiakan dan yang aku pamerkan dan segala sesuatu yang engkau lebih ketahui daripada diriku sendiri. Engkaulah yang maha mendahulukan dan maha mengakhirkan dan Engkau maha berkuasa atas segala-galanya.

Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu sebaik-baik yang diminta oleh Nabi Muhammad. Dan lindungi aku daripada apa yang Nabi Muhammad minta perlindungan daripada Mu. Engkaulah tempat meminta bantuan dan engkaulah yang memberikan kecukupan. Dan tiada daya, tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.

Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu, segala yang mendatangkan rahmat daripada-Mu, segala yang menyebabkan pengampunan-Mu, yang menyebabkan terselamat dari semua dosa, yang menyebabkan mendapatnya semua kebaikan, berbahagianya dengan syurga dan terselamatnya dari api neraka.

Anda boleh rujuk kepada doa sebagai contoh doa. Tidak perlu menghafal doa di atas. Anda boleh rujuk dan membaca bacaan di atas. Namun, berdoalah apa pun. Tadahlah tangan dan minta pada-Nya. 

Untuk doa, anda bebas untuk berdoa sebagai manapun yang anda suka. Mintalah hidayah dan panduan hidup.  Malah, minta juga apa yang anda hendak. 

Setelah Solat Sunat Taubat: 

Setelah siap solat taubat, istighfar dan membaca doa, apakah amalan lain yang boleh dilakukan? Jika anda melakukan solat sunat taubat ini ketika waktu qiyamulaii, teruskan dengan amalan sunat yang lain. 

niat solat taubat
Photo: @Unsplash

Amalan lain yang boleh dilakukan: 

  • Membaca al-Quran. 

Bacalah al-Quran mengikut juzuk atau surah-surah pilihan anda. Terdapat surah al-Mulk, surah al-Fatihah dan surah-surah pendek di Juzuk 30 di dalam al-Quran. Malah, lebih baik jika kita menyelami maksud surah dan kisah tersebut. Sebagai contoh, mengikut hadis riwayat Ahmad, Surah Yasin merupakan surah jantung al-Quran. Seterusnya, hadis riwayat Ahmad juga meriwayatkan bahawa Surah al-Rahman diibaratkan gadis pengantin. 

  • Memperbanyakkan Zikir

Ringankan lidah untuk berzikir. Sebutlah kalimah suci Allah. Bacaan Asmaul Husna juga boleh dibaca. 

Konklusi Perkongsian Di Atas: 

Iaitu seseorang itu benar-benar menyesal terhadap maksiat yang dilakukan, berhenti dari melakukannya, serta berazam untuk tidak mengulanginya kembali buat selamanya.

Ingatlah tentang kelebihan solat sunat Taubat. Dosa kita dapat diampunkan oleh Allah SWT, kedudukan kita akan ditinggikan di sisi Allah manakala kita mendapat ketenangan hati dan fikiran. Bukan itu sahaja, kita juga dapat menenangkan hati dan fikiran. Terbukti, bahawa ayat Quran dan kalimah suci Allah dapat menenangkan hati yang bercelaru. Semoga, urusan harian kita dipermudahkan di dunia dan di akhirat. 

Artikel Menarik Lain daripada Teh Talk: 

Sharifah Natasha
Sharifah Natasha
SEO content writer in Teh Talk that loves to play games and use coffee as coping mechanism.

Instagram

Sponsor

spot_img

Sponsor

spot_img

Latest

Koopers R129 SAFE Collection: Finding the Ideal Baby Car Seat for Your Growing Child

Fulfilling Parents' Expectations It should not be difficult for a parent to find the right baby travel gear in Malaysia. Let’s make parenting easier and...

Get Ready to shamROCK Your St. Patrick’s Day with Connor’s Stout Porter

Go black and make your St. Patrick’s Day legendary with the cool, creative and crafty vibes of Connor's! SHAH ALAM, 1 March 2024 – Connor’s...

Nulatex Finger Condom: Your Partner In Crime for All Night Frisky Business

Meet Your New Nighttime Sidekick Let's talk about something that might just change the game for your intimate moments. We all know how important it...

Malaysia 2024: The Tax Tsunami – Are We Ready?

Malaysia 2024: The Tax Tsunami – Are We Ready? As we step into the Year of the Dragon, Malaysia faces a financial reality check with...

Wel-Kam the Auspicious Year of the Dragon with a Special Edition Chinese New Year Flavour, Somersby MandarinOrange 0.0’s!

Available only throughout the festive season, this innovative edition offers the perfectzesty punch to usher in prosperity and happiness. SHAH ALAM, 12 January 2024 –...