Home Culture Religion Panduan Lengkap Solat Sunat Dhuha

Panduan Lengkap Solat Sunat Dhuha

0

Solat Dhuha itu adalah salah satu daripada solat nafilah iaitu sunat yang dituntut. Serta, solat sunat Dhuha dilakukan untuk mendoakan murah rezeki serta penghapus dosa. Selain daripada itu, Rasulullah (SAW) juga telah mewasiatkan solat sunat dhuha perlu dirutinkan oleh umatnya selain daripada puasa 3 hari setiap bulan, dan tidur selepas mengerjakan solat witir. Terdapat pelbagai nas yang menyatakan kelebihan solat sunat ini. Walaubagaimanapun, bagaimanakah cara solat dan doa-doa yang perlu dibaca dalam solat tersebut? Di dalam artikel ini, kami akan menjelaskan serta memberi panduan solat sunat dhuha. Slowly but surely, dan langkah demi langkah. 


Bilakah Waktu Solat Dhuha?

Solat Dhuha sesuai dikerjakan apabila matahari naik pada waktu pagi, sekitar 40 – 48 minit selepas waktu syuruk. Hadis Imam Muslim pernah menyartakan: 

“Nabi ﷺ keluar menuju ke Quba’ dan melihat penduduk Quba’ sedang mendirikan solat Dhuha, lalu Baginda bersabda, “Solat Awwabin adalah ketika anak unta mula berasa bahang panas matahari.”

Riwayat Imam Muslim

Sehinggalah berlarutan hingga matahari gelincir iaitu masuknya waktu zuhur (10 minit sebelum masuk waktu zuhur). 

Berapakah rakaat Solat Dhuha?

Rakaat solat sunat dhuha adalah sebanyak 2, 4, 6, atau 8 rakaat. Setiap 2 rakaat mempunyai 1 salam

Niat Solat Dhuha

Sekarang, kita mulakan dengan niat. Niat itu penting. Lafaz niatnya adalah: 

(Usolli sunaatad-dhuha rak’ataini lillahi ta’alaa)

Maksudnya: sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah ta’ala 

Cara Solat Dhuha

Daripada segi pergerakan, solat sunat dhuha adalah sama seperti cara solat yang lain. Kami akan menjelaskan cara solat sunat dhuha secara satu langkah demi satu langkah.

Rakaat Pertama

  1. Takbiratul ihram  

Solat haruslah dimulakan dengan takbiratul ihram serta niat solat. Semasa mengangkat takbir, niatkan solat sunat dhuha didalam hati. 

(Usolli sunaatad-dhuha rak’ataini lillahi ta’alaa)

Maksudnya: sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah ta’ala

  1. Baca Surah al-Fatihah

Kebiasaannya, al-Fatihah perlu dibaca dalam solat sunat tanpa doa iftitah dahulu. Tetapi, jika ingin membaca doa iftitah pun tiada halangannya. Walaubagaimanapun, surah al-Fatihah itu rukun solat dan perlu dibaca didalam semua solat. 

(Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn)

  1. Baca Surah Asy-Syams

Seusainya bacaan surah al-Fatihah, kita baca surah asy-Syams. Tiada penetapan surah sebenarnya apabila solat, tetapi, para ulama menganjurkan bacaan surah tersebut.

  1. Rukuk

Tunduk ke bawah, pastikan belakang badan anda rata, pandangan perlu dihalakan ke tempat sujud. Serta, tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa. Kemudian, dalam keadaan rukuk, bacalah: 

(Subhaana rabbiyal a’zimi wa bihamdih

  1. Bangun iktidal 

Selepas rukuk, bangun dan berdiri tegak (iktidal) dan bacalah: 

(Sami Allahu liman hamidah)

  1. Sujud

Selepas iktidal, terus sujud di atas sejadah. Semasa sujud, bacalah: 

(Subhana rabbiyal a’la wa bihamdih)

  1. Duduk di antara dua sujud

Bacalah: 

(Rabbiggiruli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa’afini wa’fu anni

  1. Kemudian, sujud kali kedua. 

Bacalah: 

(Subhana rabbiyal a’la wa bihamdih)

  1. Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat kedua

  1. Lafaz takbir intiqalat

Pada rakaat kedua, setelah bangun daripada rakaat pertama, bertakbirlah untuk rakaat kedua. Takbir intiqalat adalah permulaan rakaat kedua. 

  1. Baca surah al-Fatihah 

(Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn)

  1. Baca surah Adh-Dhuha

Selesai membaca al-Fatihah, bacalah surah Adh-Dhuha. Surah lain juga boleh dibaca, contohnya al-Ikhlas atau al-Kafirun. 

(Wadduha. Wallayli tha saja. Ma wadda’aaka rabbuka wama qala. Walalakhiratu khayrun laka mina aloola. Walasawfa yu’atika rabbuka fatarda. Alam yajidka yatiman faawa. Wawajadaka dallan fahada. Wawajadaka ‘ailan faaghna. Faamma alyatima fala taqhar. Waamma assaila fala tanhar. Waamma bini’amati rabbika fahaddith.)

  1. Teruskan rukuk

Tunduk ke bawah, pastikan belakang badan anda rata, pandangan perlu dihalakan ke tempat sujud. Serta, tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa. Kemudian, dalam keadaan rukuk, bacalah: 

(Subhaana rabbiyal a’zimi wa bihamdih

  1. Bangun iktidal 

Selepas rukuk, bangun dan berdiri tegak (iktidal) dan bacalah: 

(Sami Allahu liman hamidah)

  1. Sujud

Selepas iktidal, terus sujud di atas sejadah. Semasa sujud, bacalah: 

(Subhana rabbiyal a’la wa bihamdih)

  1. Duduk di antara Dua Sujud

Bacalah: 

(Rabbiggiruli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa’afini wa’fu anni

  1. Kemudian, sujud kali kedua. 

Bacalah: 

(Subhana rabbiyal a’la wa bihamdih)

Ketika sujud, sertaikan sekali zikir sebanyak 40 kali (tidak wajib)

(Wahab li ya wahhabu ‘ilman wa hikmatan warzuqni ya razzaqu kun li musahhala)

  1. Bangun Daripada Sujud, Lakukan Tahiyyat Akhir
  1. Solat Diakhiri dengan salam

Berikan salam ke kanan kemudian ke kiri dengan memalingkan muka. 

Bacaan doa selepas solat dhuha:

Selepas selesai memberi salam, bacalah doa dhuha. Doa ini sunat tetapi digalakkan untuk dibaca.

(Allahumma innaddhahaa’a dhahaa uka walbahaa baha uka waljamaala jamaaluka walkuwwata quwwatuka walqudrata qudratuka wal’ismata ‘ismatuka. Allahumma inkana rizki fissamai faanzilhu wa in kana filardhi faakhrijhu wa’in kaana mu’assaron fayassirhu wa’inkaana ba’idan faqorribhu bihaqqi dhuhaa ika wabahaa ika wajamalika waquwwatika waqudrotika aatini maa ataita min ‘ibadakassolihiin)

Kelebihan Solat Dhuha

Terdapat 5 kebaikan Allah berikan kepada hambaNya yang meraikan waktu solat sunat dhuha. 

1. Wasiat dan Sunnah Rasulullah

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah berwasiat kepada umatnya untuk mengerjakan solat sunat dhuha. 

“Kekasihku (Rasulullah) memberikan pesan (wasiat) kepadaku dengan 3 hal yang tidak pernah aku tinggalkan hingga aku meninggal nanti; iaitu puasa 3 hari setiap bulan, solat dhuha, dan tidur dalam keadaan sudah mengerjakan solat witir”

Hadis Riwayat Bukhari

2. Sebuah Rumah di Syurga akan dibangunkan

Golongan umat yang rajin mengerjakan solat sunat dhuha akan dihadiahkan sebuah rumah untuknya di syurga kelak. Di dalam hadis, Rasullullah (SAW);

Barangsiapa yang solat Dhuha empat rakaat dan qabliyah Zuhur empat rakaat, akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga

Hadis Riwayat al-Thabrani

3. Mendapat Rezeki 

Diriwayatkan oleh Nu’aim bin Hammar, beliau berkata: 

Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepadaku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.

Hadis Riwayat Abu Dawud

4. Pahala Umrah

Abu Umamah R.A menyatakan Rasulullah (SAW) bersabda, 

Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.

Sahih Al-Taghrib: 673

5. Mendapat Pengampunan Dosa Lama

Rasulullah (SAW) pernah bersabda;

Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.

Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi

Untuk membaca panduan solat fardhu dan solat sunat, boleh rujuk di sini.

Frequently Asked Questions (FAQ) Regarding Panduan Solat Sunat Dhuha

Bolehkah berniat di dalam bahasa Melayu?

Boleh. Niat di dalam bahasa Melayu, atau bahasa ibunda adalah boleh. Bacakan niat solat di dalam hati sahaja.

Bolehkah baca surah lain selain daripada yang telah dinyatakan dalam solat sunat dhuha?

Surah lain boleh saja dibaca ketika solat sunat dhuha. Rukunnya adalah surah al-Fatihah. Surah selepas al-Fatihah, boleh baca surah yang anda telah hafal. Tetapi, surah yang telah dinyatakan adalah surah-surah yang digalakkan oleh para ulama’.

Apakah maksud ‘Dhuha’?

Bersesuaian dengan namanya; daripada segi bahasa, dhuha itu bermaksud ‘waktu pagi’ atau ‘sinar pagi’. Oleh itu, solat ini dilakukan diantara waktu solat Subuh dan Zuhur.

Sesuaikah solat sunat dhuha dilakukan secara berjemaah?

Tiada halangan jika mahu solat berjemaah. Tetapi, solat sunah dhuha lebih afdhal dikerjakan seorang diri sahaja.

Berapakah maksimum rakaat solat sunat dhuha?

Solat sunat dhuha boleh dilakukan 2, 4, 6, 8, atau 12 rakaat. Jika diikutkan Rasulullah (SAW), baginda mengerjakan solat sunat dhuha sebanyak 8 rakaat.

Exit mobile version