Solat Tasbih & Solat Tahajjud untuk Amalan Qiyamullai

Apakah Qiamullail? Dan mengapa saya sebut tentang solat Tasbih dan solat Tahajjud? Qiamullail merujuk kepada amalan sunat untuk beribadat. Qiamullail ialah satu amalan sunat yang bererti ‘bangun pada malam’ iaitu bangun dari tidur dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah SWT. 

niat solat tasbih
Photo: @Unsplash

Niat dan perbuatan bangun pada malam ini amat dipandang tinggi dari segi pahala. Tidak semua sanggup bangun dari tidur yang lena untuk mengerjakan ibadah. 

Rasulullah Bangun Qiamullail 

Rasulullah SAW menyeru umatnya bangun beribadat di tengah malam (qiamullail) sebagai satu ibadat tambahan.

Amalan Qiyamullai Disebut Juga Dalam: 

Maksudnya: 

Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan penuh harap, dan mereka menginfakkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. 

Amalan Lain Yang Boleh Dilakukan Ketika Qiamullail: 

Banyak amalan yang boleh dilakukan ketika qiyamullai. Terdapat amalan-amalan sunat seperti membaca al-Quran, menghafaz, berzikir dan lain-lain. Malah, terdapat juga solat-solat sunat seperti solat Sunat Taubat, Tahajjud, Witir dan lain-lain. Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam. Amalan ini boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai.

Solat Tasbih 

Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib. Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam (SAW) bersabda:  “Jika kamu mampu melakukan solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“  

( Riwayat HR. Abu Daud dan Ibnu Majah )

Berapa Rakaat Dalam Solat Tasbih: 

Solat sunat tasbih merupakan solat sunat yang didalamnya dibaca sebanyak 300 tasbih dalam 4 rakaat. Bagi solat ini:

1) Sekiranya ingin solat pada siang hari, hendaklah dikerjakan dengan 4 rakaat dan satu salam.

2) Manakala, sekiranya solat dilakukan pada malam hari hendaklah ditunaikan tiap-tiap 2 rakaat dengan satu salam.

Bacaan Tasbih 

Bacaan ini ialah penting kerana bacaan inilah yang perlu dibaca di dalam solat. 

niat sembahyang tasbih
Photo: @AkuIslam

  Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim 

Maksudnya: 

Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Tatacara Mengerjakan Solat Sunat Tasbih Langkah-Demi-Langkah:

Rakaat Pertama

  1. Niat ketika mengangkat Takbiratul Ihram. 

Niat Sembahyang Tasbih ialah: 

Terdapat dua bagi Niat Solat Sunat Tasbih, iaitu niat pada waktu siang dan niat pada waktu malam.

1.Lafaz niat solat sunat tasbih jika dikerjakan di siang hari (satu salam) ialah:

 Usolli Sunnatal Tasbihi Arba’a Raka’atin Lillahi Taala 

niat solat tasbih
Photo: @AkuIslam

Maksudnya: 

Sahaja aku solat sunat tasbih empat rakaat kerana Allah Taala.

2.Lafaz niat solat sunat tasbih jika dikerjakan di malam hari (dua salam) ialah:

niat solat tasbih
Photo: @AkuIslam

 Usolli Sunnatal Tasbihi Rak’ataini Lillahi Taala 

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat tasbih dua rakaat kerana Allah Taala.

  1. Membaca surah al-Fatihah 
  2. Membaca surah- surah pilihan selepas al-Fatihah. Selepas membaca satu surah pilihan, bertasbih sebanyak 15 kali
  3. Rukuk. Bertasbih sebanyak 10 kali
  4. Iktidal. Bertasbih sebanyak 10 kali
  5. Sujud. Bertasbih sebanyak 10 kali.
  6. Duduk diantara dua sujud. Bertasbih sebanyak 10 kali.
  7. Sujud kedua. Bertasbih sebanyak 10 kali.
  8. Duduk istirahat sebelum bangun untuk rakaat kedua. Bertasbih sebanyak 10 kali.

Rakaat Kedua

Seterusnya, rakaat kedua. Mulakan rakaat kedua dengan: 

10. Membaca surah al-Fatihah

11. Membaca surah selepas al-Fatihah. Selepas itu bertasbih sebanyak 15 kali

12. Rukuk. Bertasbih sebanyak 10 kali

13.Iktidal. Bertasbih sebanyak 10 kali

14. Sujud. Bertasbih sebanyak 10 kali.

15. Duduk diantara dua sujud. Bertasbih sebanyak 10 kali.

16. Sujud kedua. Bertasbih sebanyak 10 kali.

17. Duduk tasyahud akhir dan membaca tahiyat. Bertasbih sebanyak 10 kali.

18. Memberi salam.

Surah-Surah Yang Dianjurkan Ulama Adalah:

Rakaat 1:  Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha

Rakaat 2:  Surah Al-Ashr atau Al-Insyiraah

Rakaat 3:  Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar

Rakaat 4:  Surah Al-Ikhlas.atau An-Nashr.

Doa Solat Tasbih 

Solat Tasbih & Solat Tahajud

Allaahumma inni As’aluka Taufiqa ahlil Huda. Wa ‘amala ahlil Yaqin. Wa munaa sohata ahlil Taubati. Wa ‘Azama ahliss-sobri,  Wawajila ahlil-Hasyyati,  Wa tholaba ahlirr-roghbati,  Wa Ta’abbuda Ahlil War’ie,  Wa ‘Irfaana ahlil ‘Ilmi Hatta Akhofaka.  

Allaahumma Inni As’aluka makhofatan Tuhjidzuni ‘an ma’aasiika Hatta ‘Amala Bi Tho’atika. ‘Amalan Astahiqqu Bihi Ridhoka Hatta ‘Unaasihaka fiit-taubati   

Wa khaufan minka Hatta Uhliso Lakan-nasiihata, Wa Hatta Atawakkala ‘Alaika fiil Umuri Kulliha, Wa Husnizz-zonni Bika,  Subhanaka Kholiqan-nurr, Rabbana Atmim Lana Nuurana, Waghfirlana Innaka ‘Ala Kulli Syai’in Qodir. 

Solat Tahajjud 

Solat kedua yang boleh dilakukan ketika waktu Qiyamulla’il ialah solat Tahajjud. Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat Nabi tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka. 

Tujuan Solat Tahajjud

  • Sebagai salah satu cara untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa, Allah SWT.
  • Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  • Tanda bersyukur di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
  • Menguatkan jiwa raga dan ketaqwaan seorang mukmin kepada Allah SWT.
  • Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
  • Mendapat redha Allah SWT

Penjelasan Tentang Rakaat untuk Mendirikan Solat Tahajjud

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam. Tidak ada keterangan khusus berkenaan solat sunat tahajjud secara terperinci. Yang penting ialah istiqamah ketika melakukannya. 

Pelaksanaan cara solat Tahajjud ini adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain.

Rasulullah SAW telah bersabda,:  

“Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”    (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)

Niat Solat Tahajjud:

niat solat tahajud

Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala

Maksudnya: 

Aku solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

Cara Mengerjakan Solat Tahajud: 

Solat Tahajjud sama sahaja seperti solat sunat yang lain. 

  1. Niat ketika mengangkat Takbiratul Ihram. Bacalah niat di atas.
  2. Kemudian, bacalah doa Iftitah. Solat tetap sah jika doa ini doa iftitah tidak dibaca namun jika dibaca, mendapat pahala.
  1. Membaca al-Fatihah 
  2. Baca surah pilihan 
  3. Teruskan solat seperti biasa hingga rakaat kedua. 

Doa Solat Tahajjud

Solat Tasbih & Solat Tahajud

Allahumma lakal hamdu anta qoyyimussamawaa ti wal ardhi waman fi hinna, walakal hamdu laka mulkussama waa ti wal ardhi waman fii hinna, walakal hamdu nuu russama wa ti wal ardhi, walakal hamdu antal haqku wa wa’ dukal haqku wa liqo-u-ka haqku wa qauluka haqku wal jannatu haqku wanna ru haqku, wannabi yuu na haqku, 

Wamuhammadun sallallahu ‘alaihiwasallam haqku, wassa-‘atu haqku

Allahumma laka aslamtu, wabika amantu, wa alaika tawakkaltu wa ilaika anabtu wabika khosomtu, wa ilaika hakamtu, fagfirli maaqaddamtu, wa maa akhortu wa maa asrartu wa maa ‘a lantu, antal muqoddimu wa antal mu-a-khiru, laa ilaha illa anta au laa ilaha ghoiruka wa laa hau la walaa quwwata illa billahi

Adakah Solat Hajat dan Solat Tahajud Sama? 

  • Solat tahajud dilakukan sebanyak dua rakaat dan paling banyak 11 rakaat, yang ditutup dengan witir. Sedangkan solat hajat sebanyak dua rakaat.
  • Solat Tahajud dilakukan di malam hari sesudah solat isyak. Sedangkan solat hajat boleh dilakukan bila-bila saja, termasuk siang hari.
  • Ada ulama yang menambah bahawa selepas solat hendaklah menyebut niat (apa yang dipinta) kepada Allah. Sedangkan dalam solat tahajjud tidak ada.

Baca di sini tentang Solat Taubat dan Pelaksanaanya.

Sharifah Natasha
Sharifah Natasha
SEO content writer in Teh Talk that loves to play games and use coffee as coping mechanism.

Instagram

Sponsor

spot_img

Sponsor

spot_img

Latest

Koopers R129 SAFE Collection: Finding the Ideal Baby Car Seat for Your Growing Child

Fulfilling Parents' Expectations It should not be difficult for a parent to find the right baby travel gear in Malaysia. Let’s make parenting easier and...

Get Ready to shamROCK Your St. Patrick’s Day with Connor’s Stout Porter

Go black and make your St. Patrick’s Day legendary with the cool, creative and crafty vibes of Connor's! SHAH ALAM, 1 March 2024 – Connor’s...

Nulatex Finger Condom: Your Partner In Crime for All Night Frisky Business

Meet Your New Nighttime Sidekick Let's talk about something that might just change the game for your intimate moments. We all know how important it...

Malaysia 2024: The Tax Tsunami – Are We Ready?

Malaysia 2024: The Tax Tsunami – Are We Ready? As we step into the Year of the Dragon, Malaysia faces a financial reality check with...

Wel-Kam the Auspicious Year of the Dragon with a Special Edition Chinese New Year Flavour, Somersby MandarinOrange 0.0’s!

Available only throughout the festive season, this innovative edition offers the perfectzesty punch to usher in prosperity and happiness. SHAH ALAM, 12 January 2024 –...